ELFBAR, jenama vape pakai buang yang terkenal di UK, telah menghalang lebih sejuta produk vape tiruan yang mengandung nama produknya, kemungkinan majoriti daripadanya berakhir dengan peruncit UK dan juga pada tangan pengguna Britain.

Syarikat ini juga telah bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa daripada China untuk menutup lebih daripada 20 kilang tiruan yang telah didapati menghasilkan lebih sejuta produk tiruan secara kolektif.

Victor Xiao Ketua Eksekutif ELFBAR berkata : “Kami telah bekerjasama secara aktif dengan pihak berkuasa China dalam menhapuskan produk tiruan kami dan telah mencapai perkembangan yang baik. ELFBAR, sebagai jenama yang bertanggungjawab dari segi sosial, akan sentiasa berusaha dalam menghalang produk tiruan ini dan sentiasa menjaga kesihatan pelanggan kami”.

Penipu  ini juga telah mencipta laman web palsu yang kelihatan sangat sama dengan laman web rasmi ELFBAR. Ini telah menjadikan pengesahan produk semakin mencabar. Nama domain yang telah dicipta oleh pembuat produk palsu ini adalah termasuk Elfdar.com, Elfbar-tech.com, Elfba.com, Elfbar.link, Elfbar-teoh.com dan ini hanyalah beberapa nama sahaja.

Tambah Xiao lagi : “Penipu ini semakin canggih dan telah menyediakan tapak palsu yang kelihatan sama dengan laman web rasmi ELFBAR yang mana akan mengelirukan pengguna, semasa kami sedang mencari tapak palsu dan menghapuskannya, kami telah memberikan amaran kepada pengguna kami di mana penipu ini akan sentiasa mem buat domain baru semula.”

“kami tidak akan memberi peluang langsung terhadap mereka kerana telah memberi impak kepada reputasi kami dan yang paling penting telah membawa bahaya terhadap vaper dan mereka yang telah beralih daripada rokok konvensional kepada vape kerana kekurangan kawalan kualiti mereka. Produk tiruan ini juga tidak akan memiliki standard kualiti kami yang telah mematuhi setiap keperluan kawalan yang kuat seperti yang telah ditetapkan dalam Arahan Produk Tembakau, Peraturan tembakau dan Produk Berkaitan.

Syarikat telah meminta supaya peruncit sentiasa berhati – hati dengan isu ini dan mula memberikan maklumat kepada pengedar tentang cara mengesan produk palsu.

Xiao berkata: “untuk pengguna dan peruncit, kami cadangkan supaya mereka mengesahkan dengan mengimbas Kod QR yang terdapat di bungkusan dan pastikan mereka membawa anda ke domain ELFBAR.com yang rasmi untuk pengesahan. Jika anda dapati produk yang anda beli adalah palsu, sila tinggalkan nota anda di legal@elfbar.com dan kami akan mula mengambil tindakan yang sewajarnya.”

Syarikat ini juga mendedahkan bahawa pelanggan dan peruncit UK telah banyak membantu dalam siasatan mengenai penipuan ini dengan memberikan bukti produk mencurigakan tang mereka beli.

Sambung Xiao: “kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih terhadap peruncit Britain dan pelanggan vape kami kerana telah mengambil masa dan usaha anda untuk memberikan amaran mengenai penipuan ini kepada kami – ini telah banyak membantu kami menjejaki dan mengesan sumber mereka. Dengan gabungan phak berkuasa, rakan kongsi supply chain, pengedar dan peruncit, kami yakin dengan kerjasama ini kami dapat melindungi pelanggan kami daripada aktiviti tidak bertanggungjawab penipu.

Syarikat ini juga telah menjalankan kempen #SayNoToFakeELFBAR di semua sosial media. Ia telah direka untuk mendidik pengguna mengenai perkara yang boleh mereka lakukan untuk menyemak kesasihan produk yang mereka beli, cara elakkan daripada menjadi mangsa penipu dan tindakan yang perlu diambil sekiranya mereka mengesyaki sebarang salah laku yang anda.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Kevin Coughlan di +44 7966 399121 atau email kevin@vapecomms.co.uk
Lisa Simmons di +44 7741 312991 atau email lisa@vapecomms.co.uk

Media untuk dihubungi:
Syarikat: Imiracle (HK) Limited
Nama dihubungi: Pac Chan
E-mel: Pac.chan@elfbar.com
Laman Web: https://www.elfbar.com/
Nombor Telefon: +86 19868270713
Bandar: Shenzhen
Negara: China