HSINCHU, 6 September 2023 /PRNewswire-FirstCall/ — ChipMOS TECHNOLOGIES INC. (“ChipMOS” atau “Syarikat”) (Taiwan Stock Exchange: 8150 dan NASDAQ: IMOS), pembekal perkhidmatan luaran pemasangan dan ujian semikonduktor (“OSAT”) yang terkemuka dalam industri, hari ini mengumumkan bahawa Syarikat akan mengambil bahagian dalam jelajah bukan urus niaga dengan Cathay Securities Corp. Syarikat akan bertemu dengan pelabur institusi di Malaysia, Singapura dan Hong Kong dari 11 hingga 15 September 2023.

Pembentangan pelabur Syarikat boleh didapati di bahagian hubungan pelabur laman webnya di www.chipmos.com.

Mengenai ChipMOS TECHNOLOGIES INC.:

ChipMOS TECHNOLOGIES INC. (“ChipMOS” atau “Syarikat”) (Taiwan Stock Exchange: 8150 dan NASDAQ: IMOS) (www.chipmos.com) adalah pembekal perkhidmatan luaran pemasangan dan ujian semikonduktor yang terkemuka dalam industri. Dengan kemudahan termaju di Taman Sains Hsinchu, Taman Perindustrian Hsinchu dan Taman Sains Selatan Taiwan di Taiwan, ChipMOS dikenali dengan rekod cemerlang dan sejarah inovasinya. Syarikat menyediakan perkhidmatan pemasangan dan ujian hujung ke hujung kepada syarikat-syarikat fabless semikonduktor terkemuka, pengilang peranti terintegrasi dan kilang wafer semikonduktor bebas yang melayani hampir semua pasaran di seluruh dunia.

Kenyataan Prospektif:

Siaran akhbar ini mungkin mengandungi kenyataan prospektif tertentu. Kenyataan prospektif ini mungkin dikenal pasti dengan perkataan seperti ‘percaya’, ‘menjangka’, ‘menjangkakan’, ‘merancang’, ‘berniat’, ‘sepatutnya’, ‘mencari’, ‘anggaran’, ‘masa depan’ atau ungkapan serupa atau perbincangan mengenai, antara lain, strategi, matlamat, rancangan atau niat. Kenyataan ini mungkin termasuk unjuran kewangan dan anggarannya serta andaian asasnya, kenyataan mengenai pelan, objektif dan jangkaan berkenaan operasi masa depan, produk dan perkhidmatan, dan kenyataan mengenai prestasi masa depan. Keputusan sebenar pada masa hadapan mungkin berbeza dengan ketara daripada yang terkandung dalam kenyataan prospektif dalam dokumen ini, disebabkan pelbagai faktor. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain dimasukkan dalam Laporan Tahunan pada Borang 20-F yang paling baru difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (“SEC”) dan dalam penyataan lain Syarikat dengan SEC.

Hubungi:

Di Taiwan
Jesse Huang
ChipMOS TECHNOLOGIES INC.
+886-6-5052388 ext. 7715
IR@chipmos.com

Di Amerika Syarikat
David Pasquale
Global IR Partners
+1-914-337-8801
dpasquale@globalirpartners.com

SUMBER ChipMOS TECHNOLOGIES INC.