DRB-HICOM Bhd melantik Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai pengerusi, berkuat kuasa 1 September 2020.

DRB-HICOM dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, Wan Zulkiflee akan menggantikan pengerusi sekarang iaitu Datuk Mohammad Zainal Shaari, yang akan meletakkan jawatan pada 31 Ogos 2020 disebabkan komitmennya terhadap perniagaan lain.

Sehingga kini, Wan Zulkiflee adalah Pengarah Bebas kumpulan sejak 1 Ogos 2020.

Sebelum itu, beliau adalah bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas

Beliau juga menjawat jawatan pengerusi kumpulan bukan eksekutif Malaysia Airlines Bhd dan Malaysia Aviation Group Bhd.