BURSA Malaysia Bhd mengumumkan pelantikan Tan Sri Abdul Wahid Omar sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif baharu berkuatkuasa 1 Mei 2020.

Pelantikan itu dibuat oleh Menteri Kewangan menurut Seksyen 10 (1) (a) Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007.

Abdul Wahid akan menggantikan Datuk Shireen Ann Zaharah Muhiudeen yang bersara pada 30 April ini selepas memegang jawatan itu 1 Mac 2019.