PELAKSANAAN Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak beberapa minggu lalu untuk mengekang wabak Covid-19 di negara ini menjejaskan perniagaan usahawan dan peniaga kecil kerana tidak dapat menjalankan operasi seperti biasa.

Kerajaan dan swasta mengambil langkah yang perlu untuk membantu meringankan beban aliran tunai akibat pandemik ini dengan menyediakan bantuan pinjaman dan dana khas di samping latihan secara dalam talian untuk memberi pengetahuan mengenai strategi perniagaan dan pemasaran efektif.

Bagaimanapun, pada masa sama, usahawan perlu bijak memanfaatkan tempoh PKP dengan beralih kepada platform dalam talian bagi memastikan perniagaan terus bertahan dan meneruskan kelangsungan perniagaan selepas tempoh ini berakhir.

Menyedari perkara itu, sebuah syarikat menjual pakaian kanak-kanak, Honey Sugar Plum di Marang, Terengganu mengambil langkah awal dengan mengubah cara penjualan dan operasi syarikat menerusi dalam talian sepenuhnya sebaik kerajaan mengumumkan langkah PKP, baru-baru ini.

ImageHasil jualan meningkat 30 peratus berbanding biasa, Emy Farina

Pengasasnya Emy Farina Malek berkata, sebagai peniaga, pelaksanaan PKP pasti akan menjejaskan perniagaan.

Katanya, pada hari biasa, jualan seharian lebih tertumpu kepada pembelian tunai daripada pelanggan yang menyumbang lebih 70 peratus daripada hasil jualan manakala pembelian dalam talian menyumbang kurang 30 peratus.

Dalam tempoh PKP, saya cukup risau apabila memikirkan sama ada jualan dalam talian mampu menampung kos operasi syarikat yang selama ini ditampung oleh jualan secara tunai di kedai.

ImagePremis perniagaan milik Emy Farina, Honey Sugar Plum

Namun, selepas dua minggu menjalankan perniagaan secara dalam talian sepenuhnya, saya terkejut apabila hasil jualan meningkat sebanyak 30 peratus berbanding hari biasa katanya.

Menurutnya, sebenarnya permintaan dalam talian terhadap pakaian dan produk kanak-kanak amat tinggi apabila pelanggan tidak dapat keluar rumah. Pada ketika ini, pelanggan lebih cenderung untuk window shopping di laman sosial sebelum membeli barangan.

Menyedari trend yang semakin meningkat, kami menjalankan jualan melalui Facebook Live secara konsisten setiap hari di samping mengemaskini platform e- commerce syarikat untuk kemudahan pelanggan memilih barangan.

Dengan teknologi dan rangkaian komunikasi yang canggih pada masa sekarang, ia banyak membantu untuk lebih senang berhubung dengan pelanggan.

Untuk menarik pelanggan berbelanja, saya menyediakan perkhidmatan tambahan dengan menjanjikan khidmat pengeposan barangan dibuat kurang 24 jam selepas bayaran dibuat katanya.

Beliau berkata, pemilik perniagaan yang berdepan masalah sama dinasihatkan mengkaji jenis perniagaan dan sasaran pelanggan terlebih dahulu.

Kita seharusnya tahu siapa pelanggan kita, bagaimana mereka dapat mencari kita dan juga kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan barangan atau perkhidmatan dapat sampai kepada mereka, katanya.

#KitaSapotKita: Edisi Bisnes dibawakan khas oleh Maxis Business.

Duduk di Rumah, Kekal Berhubung.

Cari Maxis YouTube untuk lebih banyak kisah dan panduan berniaga mulai 9 April.