Kuala Lumpur: AmBank Group (AmBank) menawarkan pemegang kad kredit dan debit AmBank pulangan tunai sehingga 30 peratus menerusi promosi Amazing 30.

Promosi bersama lebih 30 peruncit, kedai makanan dan minuman (F&B) serta 13 rakan niaga dalam talian itu turut menawarkan diskaun 30 peratus atau RM30 melalui kempen promosi berkenaan.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo berkata, pengenalan kempen itu sebahagian daripada cadangan nilai baharu yang berterusan kepada pelanggan.

“Kami mahu memastikan pelanggan terus menikmati ganjaran atas kesetiaan mereka dan hubungan lebih erat dengan AmBank.

“AmBank akan terus bekerjasama dengan rakan niaga untuk menawarkan lebih nilai kepada pelanggan dan mengharapkan sokongan berterusan daripada mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika tempoh kempen, pemegang kad AmBank boleh menikmati sama ada pulangan tunai RM30 atau diskaun RM30 atau potongan 30 peratus di kebanyakan pekedai popular.

Penjimatan menarik bakal dinikmati pembeli dalam talian termasuk ketika hari minggu di platform e-dagang terkemuka seperti ZALORA, Lazada dan Shopee.

Bagi senarai penuh tawaran di bawah kempen Amazing 30 AmBank boleh layari ambank.com.my/amazing30.