AKTRES dan ikon fesyen terkemuka, Neelofa sekali lagi bekerjasama dengan ‘Sometime by Asian Designers’ bagi menghasilkan produk terkini mereka iaitu ‘Lofarclutch’. Koleksi terbaru ini memberikan nafas segar untuk beg ‘clutch’ klasik.

‘Sometime inspired by Neelofa’ seringkali menjadi koleksi paling mewah kerana reka bentuknya memberi gambaran kepada gaya dan cita rasa tinggi Neelofa yang turut diiktiraf di peringkat antarabangsa.

ImageKoleksi ‘Lofarclutch’ didatangkan dalam 8 variasi warna

Reka bentuk ‘Lofarclutch’ hasil inspirasi Neelofa ini gabungan antara material berkualiti premium dan seni pertukangan teliti.

Malah, pasukan ’Sometime’ mengambil masa lebih setahun menyempurnakan reka bentuk dan kemasan magnet emas ’Lofarclutch’ bagi mengekalkan unsur kemewahan dan fungsinya

Neelofa berkata beliau memperoleh perspektif segar mengenai dunia gaya dan fesyen menerusi pengalamannya merantau ke serata dunia.

ImageNeelofa menyumbang idea dalam rekabentuk ‘Lofarclutch’

“Saya gembira dapat menterjemahkan fikiran dan idea menerusi produk berkualiti dan turut dikongsi bersama-sama mereka yang mempunyai minat tinggi terhadap dunia fesyen.

“Nicole dan pasukan ’Sometime’ sentiasa menyokong idea gila saya dan selalu berjaya memberikan kualiti terbaik setanding dengan jenama mewah. Koleksi ini lebih bermakna dan eksklusif apabila mereka memberi ruang kepada saya menyuntik elemen dan ciri keperibadian dalam reka bentuk,” katanya.

Ketua produk ‘Sometime’, Nicole W. berkata, bekerja dengan Neelofa sentiasa menjadi perkara yang menarik kerana beliau mempunyai idea segar dan unik sekaligus memberi inspirasi kepada dirinya untuk mencipta sesuatu lebih istimewa.

ImageTali boleh laras yang praktikal buat pemakai

“Saya suka pilihannya yang berani, beliau menggabungkan unsur kesederhanaan dan fesyen bercita rasa tinggi dalam setiap gaya. Apa yang membuatkan ‘Lofarclutch’ lebih istimewa adalah ia disertakan dengan tali boleh dilaras mengikut pemakai. Ia adalah ciri unik bagi reka bentuk beg ‘clutch’ klasik,” katanya.

Koleksi ‘Lofarclutch’ ini hadir dalam lapan warna dan dijual pada harga RM259. Pelanggan juga boleh memilih untuk mengabadikan nama mereka di atas beg tersebut pada harga RM 29 sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sometime.asia atau kunjungi galeri ‘Sometime’ di The Gardens Mall, Kuala Lumpur.