Sehingga 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3280/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3300/3400 semasa ditutup semalam.
Peniaga berkata unit tempatan berada pada aliran meningkat berikutan pelbagai langkah rangsangan di seluruh dunia, termasuk pakej AS bernilai AS$2.2 trilion untuk memberi keyakinan dalam pasaran kewangan global.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0175/0234 daripada 3.0069/0149 semasa ditutup pada Khamis dan susut berbanding euro kepada 4.7608/7702 daripada 4.7396/7510 semalam.
Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9754/9829 daripada 3.9342/9444 dan turun berbanding pound kepada 5.2841/2943 daripada 5.1601/1737 semalam.
— BERNAMA