Platform disediakan unifi telah menghubungkan pelanggan secara terus ke akaun atau link perniagaan usahawan.

KUALA LUMPUR: Memasuki fasa baharu era milenium dengan pelbagai pembangunan yang mengadaptasikan teknologi maju telah turut mengubah corak kehidupan masyarakat dalam segenap aspek.

Malaysia yang mempunyai ekonomi dinamik selain dilihat maju dalam aspek infrastruktur teknologi digital telah menjadi tumpuan dalam pasaran e-dagang di rantau Asia Tenggara.

Negara mencatatkan sebanyak 25.84 juta pengguna aktif internet iaitu mewakili sekitar 80 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia dengan kadar peratusan ekstrem bagi penembusan peranti.

Pertumbuhan trajektori yang dijangka berlaku pada tahun ini dengan dipacu galakan pembelian secara online ketika tempoh krisis pandemik Covid-19, wajar dimanfaatkan oleh para usahawan tempatan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Prihatin terhadap kesan yang terpaksa ditanggung oleh syarikat-syarikat PKS ketika ini, unifi memperkenalkan portal unifi Ramadan Raya bagi merancakkan semula perniagaan sektor tersebut.

Ini antara sebab mengapa unifi adalah rakan perniagaan anda:

1. unifi Ramadan Raya memberi peluang kepada para usahawan PKS dan vendor mikro tempatan untuk menyertai secara percuma selain dapat mempromosikan produk dengan lebih efektif menerusi portal itu

2. Menyediakan platform perniagaan menyeluruh secara percuma daripada pelbagai kategori bisnes disediakan termasuk fesyen dan aksesori, makanan dan minuman serta kelengkapan rumah.

3. Ruang e-bazaar yang diwujudkan dapat menghubungkan pelanggan bagi perolehan capaian produk lebih berkesan. Ia sekali gus merangsang jualan para usahawan dalam tempoh Ramadan ini.

4. Platform disediakan unifi telah menghubungkan pelanggan secara terus ke akaun atau link perniagaan usahawan, sekali gus mengurangkan tempoh bagi urusan tempahan atau pembelian.

Dalam pada itu, Pengasas Familia Fried Chicken, Muhammad Nazmi Jamil yang turut menyertai platform unifi Ramadan Raya ini berkata, inisiatif yang dilaksanakan unifi membantu merancakkan perniagaannya saat dilanda pandemik Covid-19.

“Sejak memasarkan perniagaan di portal ini, kami menyaksikan permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan, malah berjaya menarik minat pelanggan baharu untuk mencuba menu yang disediakan.

“Meskipun baru sahaja menyertai unifi Ramadan Raya, kami dapat melihat peningkatan 50 peratus jualan menerusinya. Justeru itu, kami menyarankan supaya rakan usahawan yang lain untuk memanfaatkan platform disediakan ini,” katanya kepada Awani di sini.

Trend pembelian secara online yakin bertumbuh pada masa hadapan. Oleh demikian adalah amat penting untuk para usahawan mengadaptasikan penggunaan medium ini dalam merangsang perolehan syarikat selain memastikan mereka rintang krisis.

Tambah beliau, pihaknya berharap untuk syarikat-syarikat berkaitan di Malaysia untuk mengikuti langkah sama yang dilaksanakan oleh unifi dalam menyediakan inisiatif seperti ini bagi membantu para usahawan PKS tempatan agar kekal berdaya tahan.