CrediTrack and JagaMyID Experian bantu rakyat Malaysia tempuh ketidakstabilan ekonomi semasa pandemik COVID-19. – Gambar EXPERIAN

KUALA LUMPUR: Pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kini boleh menyemak status kredit mereka secara percuma selama dua bulan.

Semakan boleh dilakukan melalui langganan dua bulan percuma untuk CrediTrack+ yang ditawarkan oleh Experian.

Selain itu, individu juga boleh lakukan yang sama, menyemak status kredit secara percuma malalui langganan JagaMyID.

Experian merupakan syarikat perkhidmatan maklumat yang sebelum ini memperoleh saham majoriti di RAMCI (RAM Credit Information Sdn Bhd).

RAMCI telah dijenamakan semula sebagai Experian pada Disember 2019.

Demi membantu pengguna dan perniagaan Malaysia yang kini menghadapi pandemik COVID-19, Experian menawarkan penyelesaian pemantauan kesihatan kredit dan pengurusan kredit secara percuma dalam menempuhi cabaran masa kini.

Syarikat dan PKS Malaysia boleh mendapat langganan dua bulan percuma untuk CrediTrack+ yang menawarkan penyelesaian untuk pengurusan risiko kredit dan pengutipan hutang selain pengurusan hubungan pelanggan secara digital, perkongsian dan penyimpanan fail selamat serta analisis perniagaan.

“Kami juga menggalakkan syarikat dan PKS supaya berfikir bukan sahaja untuk mengendalikan cabaran semasa, namun turut mengambil pandangan jangka panjang bagi memanfaatkan CrediTrack+ demi meningkatkan kemampuan digital mereka dan mempersiapkan diri untuk peluang pertumbuhan dalam ekonomi digital," kata Ketua Pegawai Eksekutif, Experian Information Services (Malaysia), Dawn Lai,