Kuala Lumpur: Petronas memberi jaminan tidak akan melaksanakan pembuangan pekerja meskipun berdepan dengan prestasi mencabar ketika ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tengku Muhammad Taufik bagaimanapun berkata, kumpulan akan membuat pemotongan gaji kepada pekerjanya.

“Tidak ada pembuangan pekerja kerana kami ibarat sebuah keluarga. Tapi akan ada pemotongan gaji merentasi keseluruhan kumpulan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman prestasi kewangan separuh pertama 2020 Petronas di sini, hari ini.

Tengku Muhammad bagaimanapun enggan mengulas berapa peratus pemotongan gaji itu bakal dilaksanakan.