AHLI Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) berpeluang membuat permohonan i-Lestari daripada akaun 2 sehingga 30 April ini bagi pengeluaran bermula Mei.

Permohonan itu boleh dibuat mnerusi i-Akaun secara dalam talian.

Ia berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan dilanjutkan dan semua cawangan KWSP dan Pusat Perhubungan Pelanggan masih ditutup sehingga 14 April 2020.

Dalam kenyataan dikeluarkan KWSP hari ini, untuk menerima pembayaran pengeluaran bermula Mei, ahli boleh membuat permohonan sehingga 30 April.

“Untuk permohonan yang diterima selepas tarikh itu, pembayaran pengeluaran akan bermula pada bulan berikutnya,” katanya.

Sehubungan itu, ahli boleh melakukan transaksi melalui aplikasi i- Akaun atau menghantar emel untuk perkhidmatan berikut:

1. Pertanyaan mengenai pengeluaran i-Lestari: [email protected]

2. Penghantaran borang permohonan pengeluaran i-Lestari: [email protected]

3. Penghantaran borang pendaftaran i-Akaun: [email protected]

4. Penghantaran borang permohonan pengekalan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus: [email protected]

5. Pertanyaan mengenai perkhidmatan KWSP lain: https://www.kwsp.gov.my/reach-us/connect-with-us/make-an-enquiry

Selain itu, ahli boleh merujuk senarai soalan lazim yang dikemaskini di

https://www.kwsp.gov.my/en/faq-i-lestari untuk maklumat lanjut.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan