Kuala Lumpur: Bantuan serta sokongan kewangan kerajaan bukan sahaja diperlukan ketika krisis Covid-19, tetapi ia perlu diteruskan selepas pemulihan wabak kerana ia dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam hingga 12 bulan untuk stabil sebelum kehidupan rakyat dan perniagaan kembali normal.

Menurut Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), subsidi gaji yang dicadangkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi RM250 bilion ‘Pritihan Rakyat’ yang diberikan kepada majikan sewajarnya dipertingkatkan dari segi jumlah dan tidak bersyarat.

“Sekarang ini, syarikat besar termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sedang berjuang untuk mendapatkan jualan, pendapatan serta keuntungan yang terjejas
akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam kenyataan.
– Bernama