Tokyo: Perdagangan semua saham yang tersenarai di Bursa Tokyo pagi ini dan bursa lain di Jepun digantung kerana masalah sistem, lapor agensi berita Xinhua, memetik Japan Exchange Group Inc.

Bursa Tokyo berkata, masalah sistem itu dikesan ketika menghantar data dan menerima pesanan perdagangan, tidak dapat dipastikan bila operasi dapat disambung semula.

Turut terjejas perdagangan luar bursa Tokyo termasuk di bursa di Sapporo, Nagoya dan Fukuoka.