CELCOM Axiata Berhad (Celcom) menawarkan peluang bagi pelanggan untuk memenangi barangan keperluan harian percuma selama setahun daripada jumlah wang tunai terkumpul bernilai RM500,000.

Mulai 12 Mei hingga 31 Julai, semua pelanggan prabayar Celcom Xpax dan pelanggan pascabayar Celcom yang layak berpeluang memenangi hadiah yang ditawarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi berkata, untuk mengambil bahagian dan mendapatkan penyertaan, pelanggan Celcom hanya perlu melakukan transaksi seperti membeli pas internet, mendaftar pelan baharu atau membayar bil.

“Urus niaga ini boleh dilakukan secara dalam talian atau di mana-mana cawangan bluecube Celcom dan wakil Celcom yang sah.

“Sepanjang tempoh peraduan, dengan semakin banyak transaksi yang dilakukan oleh pelanggan di akaun mereka yang aktif, maka semakin tinggi peluang mereka untuk menang,” katanya.

Menurutnya, untuk memastikan pemenang mempunyai kebebasan sepenuhnya dalam menebus barang runcit/keperluan asas di seluruh negara, pemenang akan mendapat kredit e-dompet Boost di akaun Boost mereka.

Pemenang mingguan akan menikmati kredit runcit bernilai RM100 manakala, pemenang kategori satu tahun akan menerima kredit runcit RM1,000 selama 12 bulan berturut-turut, dalam aplikasi Boost.

Pelanggan Celcom boleh memeriksa penyertaan terkumpul mereka melalui aplikasi Celcom Life.

Pemenang akan ditentukan berdasarkan penyertaan yang dikumpulkan setiap minggu (Isnin hingga Ahad) untuk Hadiah Mingguan dan setiap bulan (Mei, Jun dan Julai) untuk Hadiah kategori satu tahun.

Dalam pada itu, Idham berkata, bagi meraikan semangat Ramadan dan Aidilfitri yang meriah, semua pelanggan Celcom bakal menikmati akses tanpa had untuk aplikasi WhatsApp secara percuma sehingga 30 Jun dan akses tanpa had percuma ke aplikasi Microsoft Office 365 bagi yang bekerja dari rumah sehingga 9 Jun.

Di samping itu, mulai 12 Mei hingga 30 Jun ini, pelanggan Celcom juga dapat menikmati akses tanpa had percuma ke MuslimPro, aplikasi mudah alih Islam dengan kandungan waktu solat yang tepat, jam azan, al-Quran audio penuh, panduan restoran dan masjid Halal, pencari arah kiblat, serta kalendar Hijriah Islam.

“Ketika rakyat Malaysia menyesuaikan diri dan menghadapi situasi yang mencabar ini, Celcom menawarkan pelanggannya peluang yang lebih menarik dan unik untuk mereka menyambut Ramadan dan Aidilfitri ini secara berbeza dan kreatif.

“Kami berbangga melihat rakyat Malaysia bersama-sama berjuang meratakan lengkungan wabak dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, kami ingin meringankan beban mereka dengan menyalurkan bantuan istimewa.

“Pelanggan kami terus aktif secara digital, sama ada dengan penstriman video untuk resepi kegemaran mereka dan pelbagai kandungan digital, sehingga berkongsi momen perayaan yang tidak dapat dilupakan.

“Celcom bekerja dengan cara yang berbeza untuk memastikan pelanggan kekal berhubung, serta membolehkan pelanggan menggunakan cara baru dan kreatif untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri nanti.

“Mari kita terus memainkan peranan kita dan meraikan Ramadan (#StaySafe #RamadanKu) dan Aidilfitri yang akan datang (#StaySafe #RayaTetapBersama) dengan rasa syukur dan sabar,” katanya.