Kuala Lumpur: Pengguna perkhidmatan Unifi Mobile yang berada di luar kawasan liputan 4G berdepan dengan masalah gangguan jaringan.

Menerusi kiriman laman rasmi Facebook (FB) Unifi menyatakan bahawa masalah disebabkan oleh gangguan perkhidmatan yang mempengaruhi rakan perayauan domestik pihaknya.

“Rangkaian unifi Mobile 4G tidak terjejas oleh masalah ini. Sebagai alternatif, pengguna boleh menukar tetapan rangkaian.

“Pengguna boleh menukar tetapan menjadi 4G sahaja atau LTE hanya untuk menyambung ke rangkaian 4G kami jika ada sehingga masalah yang mempengaruhi perayauan domestik diselesaikan,” katanya.