Kuala Lumpur: U Mobile memperkenalkan rangkaian pelan tanpa had baharu khusus untuk perkhidmatan jalur lebar WiFi bagi memenuhi keperluan penyambungan terkini pelanggan.

Dipanggil Ultra Unlimited Wireless Broadband, ia mempunyai empat pelan yang ditawarkan dengan harga serendah RM48 bagi Pelan WB48 (Study Plan).

Juga ditawarkan, Pelan WB68 (Work Plan), Pelan WB88 (Work & Play Plan), dan Pelan WB128 (Max Plan).

Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, Jasmine Lee berkata, U Mobile komited membantu rakyat Malaysia menerokai potensi tanpa had mereka dengan memperkenalkan sambungan berkualiti yang mampu milik.

“Selain harga yang sangat berpatutan, pelan ini juga amat mudah diperolehi kerana semua orang boleh melangganinya melalui kedai dalam talian kami.

“Pelan baharu ini memberikan kemudahan kepada pelanggan kerana ia adalah penyelesaian plug-and-play tanpa memerlukan kontrak atau pemasangan di rumah.

“Pelanggan hanya perlu melanggan, menyambung ke modem MiFi, dan mereka sudah bersedia untuk berada dalam talian,” katanya dalam kenyataan.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.u.com.my/wbb.