Nasi Goreng Sutera merupakan antara hidangan istimewa yang disediakan oleh Sutera Harbour Resort. -Gambar Ihsan Sutera Harbour Resort

KOTA KINABALU : Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini menyaksikan banyak pihak yang tampil dengan idea kreatif dalam mengadaptasi cara hidup ‘normal baharu’ dan meneruskan kesinambungan kehidupan.

Bagi rangkaian syarikat perhotelan terkemuka di Kota Kinabalu, Sutera Harbour Resort, mereka menggunakan peluang ini untuk menggalakkan orang ramai tetap kekal tinggal di rumah.

Menerusi menu terbaharu hidangan ‘bawa pulang’ Sutera Harbour Resort, orang ramai yang berada di sekitar Kota Kinabalu, Sabah berpeluang untuk menikmati pelbagai jenis hidangan 'ala mewah' mereka yang dihantar terus ke rumah.

Menu istimewa itu boleh ditempah menerusi pesanan di talian Whatsapp sebelum diambil sendiri di lobi The Magellan Sutera Resort.

Bukan itu sahaja, hidangan tersebut juga boleh ditempah menerusi aplikasi Food Panda.

Menurut kenyataan syarikat perhotelan itu, mereka tidak mahu mengecewakan permintaan pelanggan yang 'teringinkan'  hidangan mewah ala hotel sewaktu tempoh PKP ini.

Tambah kenyataan itu lagi, orang ramai yang berminat juga boleh menempah hidangan mereka secara atas talian.

Antara ditawarkan Asam Pedas Ekor Lembu, Kari Kepala Ikan, Ayam Goreng Peram Telur Masin dan Nasi Ayam.

Selain itu, buat peminat makanan ala Cina, pihaknya juga menyediakan hidangan Mee Kon Lou, Isi Ikan Masak Masam Manis dan Nasi Goreng Sutera.

Semestinya, kualiti penyediaan dititikberatkan kerana ia disediakan oleh chef-chef berpengalaman.

Bagi mereka yang ingin mengetahui pilihan menu lain dan harga, boleh terus menghubungi hotel tersebut di talian 017 8130922 atau layari http://www.suteraharbour.com/ untuk maklumat lanjut.

Sutera Harbour Resort turut mempunyai rangkaian di bawah syarikatnya iaitu The Pacific Sutera Hotel, The Magellan Sutera Resort dan Sutera Harbour Marina, Golf and Country Club.