JENAMA cat terkemuka, Nippon Paint melancarkan kedai cat rasmi pertama dalam talian menerusi laman sesawang “One-Stop Online Shop” di Malaysia.

Nippon Paint dalam kenyataannya berkata, pelancaran kedai dalam talian berkenaan bakal memberi kemudahan kepada pelanggan yang ingin mendapatkan peralatan mengecat dengan hanya melalui tiga langkah mudah.

Setakat hari ini, kedai dalam talian Nippon Paint menyediakan hampir semua barangan keperluan mengecat termasuk berus cat sintetik, penggelek cat, kit peralatan dan pelbagai pilihan cat serta warna mengikut cita rasa pelanggan.

ImagePembelian secara dalam talian ternyata lebih cepat dengan hanya tiga langkah mudah

Proses penghantaran bagi setiap tempahan mengambil masa antara tiga hingga tujuh hari bekerja atau anda juga boleh memilih untuk mengambil sendiri barang yang ditempah di kedai pengedar sah Nippon Paint yang berhampiran.

Bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pelanggan terjaga, Nippon Paint turut menyediakan servis penghantaran tanpa sentuhan. 

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk membeli produk Nippon Paint secara dalam talian sekarang kerana ianya lebih selamat, cepat dan mudah!

Untuk maklumat lanjut, layari kedai dalam talian Nippon Paint di shoponline.nipponpaint.com.my