Kuala Lumpur: Dmagia Sdn Bhd, syarikat tempatan yang membangunkan dan memasarkan produk kesihatan akan memperkenalkan program rakan niaga iaitu Dmagia USE dalam usaha membantu penggunanya menjana pendapatan kedua.

Pengasas Dmagia, Nik Juzailah Juhari berkata, kempen ini memerlukan pengguna (USE) berkongsi manfaat produk dan peluang niaga (SHARE) kepada bakal peniaga dan seterusnya bersama kumpulan niaga untuk memperoleh ganjaran atau bonus pada setiap bulan (EARN).

“Kami menawarkan peluang niaga secara berkumpulan dengan menyediakan struktur perniagaan kukuh, sistem ganjaran yang adil serta latihan keusahawanan tersusun untuk menyumbang kepada masyarakat.

“Program ini juga menawarkan satu program latihan (Dmagia Elite Club dan Dmagia Academy) dengan modul pengurusan perniagaan secara profesional, teknik pemasaran dan pelbagai aktiviti keusahawanan secara percuma bersama bimbingan mentor perniagaan terpilih dan berkelayakan,” katanya dalam kenyataan sempena pelancaran program Dmagia USE dan rangkaian produk baharu Dmagia.

Menurutnya, dengan pakej pendaftaran sebagai ahli serendah RM150, pengguna boleh mendapatkan rangkaian produk Dmagia dan menjadi Dmagia Members secara automatik.

“Selain itu, pengguna yang menjadi ahli boleh menikmati potongan harga luar biasa dan pelbagai ganjaran serta berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi pelbagai hadiah menarik seperti televisyen pintar LG 55 inci, Apple iPad 8th Gen, dan Xiaomi Cordless Vacuum Cleaner,” katanya.

Katanya, pihaknya juga akan menganjurkan kempen khas mata ganjaran terkumpul yang sangat istimewa untuk menghargai Dmagia Members yang telah mempunyai kumpulan jualan yang besar dan mencapai sasaran syarikat secara konsisten.

“Sebagai ganjaran, mereka berpeluang membawa pulang pelbagai jenis kenderaan yang ditawarkan seperti Mercedes Benz C200, BMW 5 Series, Ford Ranger dan Proton X70,” katanya.

Antara produk baharu yang ditawarkan Dmagia adalah Dmagia Nutri360 (minuman kolagen), Snow360 (penjagaan kulit), Dmagia Premium Colombian Arabica Coffee, Black Ginger Honey Plus Chewy Bites (makanan kesihatan) serta Dmagia Aura Bioheat (losyen serbaguna).

Sementara itu, Pengarah Dmagia, Azrui Nizam Itam berkata, pihaknya juga dalam perancangan untuk memasarkan produk ke luar negara pada tahun ini.

“Malah, rakan niaga kami juga dalam proses untuk membawa produk di bawah Dmagia ke London,” katanya.