AIRASIA Berhad hari ini mengumumkan aktres dan pengacara TV, Noor Neelofa Mohd Noor meletak jawatan sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya.

AirAsia dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu menerima notis peletakan jawatan bertarikh 17 Ogos 2020, daripada Neelofa pada 19 Ogos 2020.

Menurut syarikat itu, Neelofa menyatakan “komitmen peribadi lain” sebagai alasan bagi peletakan jawatan beliau.

Neelofa, 31, dilantik menganggotai lembaga pengarah AirAsia pada 8 Disember 2017.