Kuala Lumpur: Bagi membantu 1.7 juta pelajar di Malaysia kembali ke sekolah, MR DIY mengadakan kempen Kembali Ke Sekolah bermula hari ini 1 Mac dengan potongan harga sehingga 40 peratus untuk keperluan persekolahan.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY Group, Andy Chin berkata, lebih 100 barangan keperluan persekolahan ditawarkan pada kempen kali ini di 690 cawangan MR DIY seluruh negara.

“Pelbagai barangan ditawarkan seperti alat tulis, beg sekolah, beg dan bekas makanan, kasut sekolah dan stoking serta keperluan perlindungan diri seperti pensanitasi tangan, pengelap antibakteria dan pelitup muka untuk memastikan semua orang dilindungi dengan baik.

“Kami juga menawarkan kasut sekolah berwarna putih hanya pada RM2 sepasang,” katanya.

Menurutnya, pembukaan sesi persekolahan juga turut menandakan permulaan fasa baharu pemulihan Malaysia.

“Sebagai jenama tempatan, amat penting untuk kami menyokong keluarga di Malaysia sebaik mungkin khususnya dengan membantu dari segi memastikan anak mereka kembali ke sekolah serba lengkap dan bersedia untuk belajar tanpa membebankan perbelanjaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebagai seorang bapa, beliau memahami perasaan risau bercampur lega yang ibu bapa dan guru rasakan apabila sekolah dibuka semula.

“Kami mahu membekalkan pelajar dan guru dengan kelengkapan yang sesuai apabila mereka kembali ke sekolah dan ini termasuk alat perlindungan diri seperti pelitup muka dan pensanitasi tangan.

“Malah, pelanggan dijamin selamat dan selesa ketika membeli-belah di MR DIY kerana setiap cawangan patuh pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.