Kuala Lumpur: Peruncit perkakas rumah Malaysia MR DIY menawarkan hadiah menarik bernilai lebih daripada RM50,000 sempena ulang tahun ke-2 platform dalam taliannya, www.mrdiy.com.my.

Pelanggan berpeluang untuk memenangi hadiah termasuk bekalan barang keperluan rumah MR DIY untuk setahun dalam peraduan ‘Belanja dan Menang’ selama 12 hari sehingga 31 Julai ini.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY, Andy Chin berkata, MR DIY komited menyediakan kemudahan kepada pelanggan menerusi rangkaian cawangan luar dan dalam talian.

“Kami meraikan ulang tahun ke-2 MR DIY Online berbeza tahun ini kerana kami memberi ganjaran kepada seorang pelanggan bertuah dengan bekalan barang keperluan rumah daripada MR DIY selama setahun.

“Menerusi tawaran yang cukup bermakna ini, kami berharap untuk menggembirakan pelanggan dalam suasana semasa yang mencabar dengan memberikan penjimatan lebih besar apabila membeli secara online,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk menyertai peraduan Belanja & Menang, pelanggan hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM75 dalam satu transaksi.

Seramai 22 pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah menarik, manakala 21 pemenang akan menerima baucar beli-belah dalam talian bernilai RM50 (tanpa perbelanjaan minimum).

Seorang pemenang akan membawa pulang hadiah utama iaitu bekalan barang keperluan rumah MR DIY untuk setahun.

MR DIY turut menawarkan 50 hadiah misteri percuma setiap hari untuk pelanggan yang membelanjakan sejumlah RM100 dalam satu transaksi sepanjang tempoh kempen.

Pelanggan boleh mengambil kesempatan daripada tawaran tiada tandingan untuk lebih daripada 70 produk, yang boleh didapati secara eksklusif sepanjang tempoh kempen.

Pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 dan RM75 dalam satu transaksi masing-masing akan menikmati potongan RM10 serta hadiah misteri dan potongan RM5.

Orang ramai juga boleh memanfaatkan penjimatan hebat semasa Minggu Baucar dari 27 hingga 31 Julai ini.

Bukan itu sahaja, MR DIY juga bekerjasama dengan aplikasi e-dompet Malaysia, Boost, untuk memberikan pulangan tunai RM5 apabila pelanggan membelanjakan jumlah minimum RM75 dalam satu transaksi di MR DIY online dan membayar dengan e-dompet Boost.

Promosi ini terbuka kepada 400 transaksi layak dan terhad kepada satu pulangan tunai bagi setiap pelanggan.