BERMAKSUD masa depan dalam bahasa Jepun, MIRAI nama yang menginspirasikan pembangunan kediaman aman sejahtera untuk masa depan di MIRAI Residences.

Selaku pemaju kediaman masa depan ini, MKH Berhad kini melancarkan fasa kedua MIRAI Residences (Blok C).

Sebelum ini, fasa pertama iaitu Blok A dan Blok B sebanyak 748 unit sudah dilancarkan September 2020 dan lebih daripada 90 peratus pangsapuri perkhidmatan itu sudah ditempah.

Keseluruhan projek pembangunan ini akan siap menjelang 2024.

MIRAI Residences kediaman berciri pangsapuri perkhidmatan dan terdapat ruang perniagaan serta komersial yang bakal memudahkan pemilik membeli-belah di dalam kawasan perumahan sendiri tanpa keluar jauh.

Bukan itu saja, MIRAI Residences itu juga dilengkapi sistem keselamatan enam peringkat sepanjang 24 jam bagi melindungi penduduk kediaman.

Menariknya, pembangunan kediaman pertama di Malaysia yang menyediakan sistem ventilator pembaikan udara (ERV) yang dibekalkan oleh Panasonic.

Podium kemudahan ala resort seluas 159,000 kaki persegi dilengkapi kemudahan eksklusif seperti kolam renang, rekreasi, riadah, ruang santai dan kawasan berbeku di MIRAI Residences.

Tidak hanya menampilkan gaya hidup berinspirasikan Jepun, kediaman ini juga menawarkan ruang bagi penduduk untuk beristirehat di kawasan yang dijalari kehijauan serta udara yang segar.

Dengan keluasan 10.46 ekar, pembangunan itu terletak di perbandaran bersepadu Kajang 2 dan strategik dengan akses mudah ke pusat beli-belah, stesen komuter, hab pendidikan, pusat perubatan, pejabat, sekolah dan lebuh raya yang pastinya akan memudahkan segala urusan harian.

Untuk maklumat lanjut mengenai MIRAI Residences, hubungi talian Galeri Jualan Kajang 2, 03-8733- 0888.