Kuala Lumpur: Lazada melancarkan ciri Lazada Bonus baharu yang menawarkan penjimatan tambahan kepada pelanggannya sempena jualan ulang tahun Ke-9 Lazada sepanjang Mac ini.

Ketua Pegawai Perniagaan Lazada Malaysia, Sherry Tan berkata, Lazada sudah hampir sedekad berkhidmat kepada rakyat Malaysia.

“Sebagai perintis yang memperkenalkan e-dagang kepada masyarakat tempatan, kami sentiasa berkembang seiring dengan cita rasa membeli-belah dalam kalangan rakyat.

“Pada masa ini, pembelian dalam talian menjadi fenomena budaya yang mencorakkan kehidupan seharian masyarakat di negara ini, yang dibuktikan oleh lebih satu pertiga populasi tempatan yang melawat aplikasi kami setiap bulan.

“Kami amat menghargai sokongan daripada pengguna, penjual, dan rakan jenama kami.

“Sempena jualan ulang tahun kesembilan Lazada ini kami komited untuk menggembirakan rakyat Malaysia dengan pelbagai ganjaran dan pengalaman istimewa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, ciri Lazada Bonus baharu ini memberikan baucar harian mengikuti kesesuaian setiap individu.

Pelanggan berpeluang menikmati penjimatan tambahan menerusi diskaun sehingga RM40 dalam satu transaksi.

Keunikan baucar Lazada Bonus ini adalah di dalam fungsinya yang boleh digunakan secara serentak dengan baucar lain, sebagai tambahan kepada beraneka tawaran yang tiada tandingannya oleh rakan jenama dan penjual Lazada yang mengambil bahagian.

Selain itu, pembeli bijak boleh mengumpul baucar Lazada Bonus dengan mudah apabila mereka mengunjungi laman jualan ulang tahun di dalam aplikasi Lazada.

Baucar itu boleh dikumpul setiap hari bermula 1 hingga 2 Mac untuk penebusan pada 3 Mac, serta dari 20 hingga 26 Mac untuk penebusan pada 27 Mac semasa kemuncak sambutan di hari mega.

Setiap pelanggan boleh mengumpul satu baucar Lazada Bonus setiap hari yang akan disesuaikan secara automatik mengikuti gaya membeli-belah masing-masing.