PENERAJU perkhidmatan barangan runcit dalam talian, MyGroser bercadang mengumpul pendanaan awam bagi pusingan pertama untuk menyokong matlamatnya menjana keuntungan dalam masa 12 bulan menerusi pengembangan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Stephen P Francis berkata, pusingan itu disasarkan untuk menyokong permintaan pelanggan yang diperoleh melalui perkongsian strategik untuk tempoh 24 bulan akan datang.

“Perkhidmatan ini dipacu oleh pelbagai pengurusan dan pengasas yang membantu jenama terbesar dunia dalam e-dagang, hiburan, logistik, e-panggilan dan kewangan dalam mengukuhkan kehadiran, pasaran dan keuntungan mereka di Malaysia dan seluruh rantau ini.

“Rancangan tiga tahun MyGroser antara lain membabitkan capaian liputan serantau berikutan perkhidmatan ini memperbaharui semula perniagaan barang runcit moden,” katanya.

dengan kaedah mengikut permintaan, premium dan berpatutan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, ia akan membolehkan syarikat untuk memenuhi permintaan pengguna sedia ada bagi barang runcit dalam talian di rantau ini dengan nilai AS$300 bilion setahun, disokong pertumbuhan dan permintaan berterusan bagi perkhidmatan dalam talian.