KLCC Sdn Bhd mematuhi garis panduan ketat yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan semua pusat beli-belahnya bersih dan selamat untuk pembeli dan kakitangannya.

Syarikat itu juga sentiasa membersihkan kawasan dan peralatan yang terbabit dengan sentuhan langsung pengunjung terutamanya tangga bergerak, lif dan kawasan umum yang lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andrew Brien berkata, bagi menjadikan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini lebih bermakna buat pelanggan, pembeli Suria KLCC akan menerima satu set hadiah L’Occitane eksklusif apabila mereka membeli-belah di mana-mana kedai terpilih dari 15 hingga 25 Mei 2020.

Pembeli perlu menunjukkan resit mereka ke kaunter pertanyaan pada hari sama untuk menebus hadiah eksklusif yang tersedia dengan jumlah perbelanjaan minimum RM500.

Manakala, pelanggan di Pusat Membeli-Belah Alamanda layak menebus hadiah apabila mereka membeli-belah di mana-mana kedai terpilih dari 14 hingga 25 Mei.

Pembeli boleh berbuat demikian dengan menunjukkan resit mereka untuk jumlah perbelanjaan minimum RM150, sementara Mesra Mall di Terengganu menarik pembeli dengan bekas pemanas minyak seramik eksklusif dengan perbelanjaan minimum RM150 sehingga 31 Mei ini.