KualaLumpur: Menampilkan bahan semula jadi dan formulasi turun temurun dimodenkan, barisan produk keluaran syarikat tempatan, Ali Zahraa Holding Sdn Bhd (Ali Zahraa) kini terus mendapat sambutan memberangsangkan pengguna di negara ini.

Sebagai entiti korporat yang berpengalaman luas dalam bidang kesihatan, produk Ali Zahraa bukan saja selamat digunakan kerana berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), malah boleh digunakan untuk semua peringkat usia.

Pengarah Urusannya, Muhammad Faisal Abu Bakar berkata, produk Ali Zahraa adalah 100 peratus buatan tempatan dan sudah berada di pasaran sejak 2014 lagi.

Katanya, antara produk yang sentiasa mendapat permintaan orang ramai adalah Minyak Aromaterapi Ali Zahraa, Gel Terapi Ali Zahraa dan Bio Spray Ali Zahraa.

“Setiap produk Ali Zahraa yang dihasilkan mempunyai ‘kekuatan’ tersendiri terutama dalam membantu orang ramai yang mempunyai masalah urat saraf, sendi dan kebas.

“Ia terbukti berkesan dan kami menerima banyak testimoni positif daripada pelanggan yang menggunakan produk Ali Zahraa sejak ia berada di pasaran.

“Keistimewaan dan kelebihan produk Ali Zahraa adalah melalui kandungan yang menggunakan 100 peratus bahan semula jadi dan 100 peratus produk Muslim,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, produk Gel Terapi Ali Zahraa boleh berfungsi seperti sauna kepada saraf di mana ia memanaskan saraf dan membantu peredaran darah yang baik selain memberi kehangatan kepada sesiapa yang sering ada masalah kaki sejuk.

“Bio Spray Ali Zahraa pula dihasilkan bagi membantu memberi kelegaan kepada sesiapa yang tidak suka penggunaan minyak atau gel kerana produk ini berasaskan air yang mana lebih mudah menyerap masuk ke dalam kulit dan memberi kelegaan maksimum.

“Gabungan kandungan halia merah, menthol, mint dan serai wangi dalam Bio Spray Ali Zahraa turut memberi kelegaan terbaik dan membantu mereka yang banyak berjalan, selalu sakit tumit dan lutut,” katanya.

Produk Ali Zahraa dijual secara eksklusif melalui laman web, www.alizahraa.com serta Facebook dan Instagram.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Ali Zahraa, boleh menghubungi Pengurus Bahagian Perkhidmatan Pelanggan (014-3644124, Liana), Pengurus Syarikat (014-7736703, Bella) atau Facebook (Ali Zahraa HQ).