China sebelum ini menolak sebarang sekatan yang mensasarkan gergasi teknologi China, Huawei.

SEKATAN Amerika Syarikat (AS) ke atas pembelian semikonduktor oleh Huawei dijangka memberikan impak kepada industri global.

Menurut Huawei, tindakan AS itu adalah bahaya dan akan mewujudkan masalah kepada sektor teknologi global.

“Perniagaan kita pasti akan terjejas,” kata pengerusi Huawei, Guo Ping, pada satu persidangan bersama penganalisis industri di Shenzhen, China, pada Selasa.

Huawei berkata demikian susulan sekatan AS ke atas mana-mana syarikat untuk tidak menjual teknologi atau perincian dari negara itu kepada Huawei.

China sebelum ini menolak sebarang sekatan yang mensasarkan gergasi teknologi China, Huawei.

Menurut laporan CCTV yang memetik kenyataan Kementerian Perdagangan China, AS telah berkali-kali menyalah gunakan kuasanya ke atas entiti China.

China menegaskan, tindakan itu melanggar prinsip pasaran terbuka dan adil.

Menurutnya lagi, ia melanggar peraturan dagangan dan ekonomi antarabangsa selain mengancam rantaian bekalan perindustrian global.