HARVEY Norman kini memulakan operasi di beberapa lokasi terpilih selepas sebulan menghentikan operasi akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di seluruh negara.

Namun, pelanggan kini boleh mendapatkan pelbagai barangan di cawangan Harvey Norman yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 malam setiap hari.

Pengarah Urusan, Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, pihaknya sedar sekarang masa sukar untuk rakyat Malaysia dan pihaknya mahu memainkan peranan dengan menawarkan pelbagai barangan pada harga rendah.

“Kami membuat keputusan menghabiskan stok sedia ada dan menawarkan harga rendah khususnya peralatan elektrik dan komputer.

“Pelanggan tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke cawangan Harvey Norman kerana kami mengambil langkah pencegahan disarankan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Pengurusan Harvey Norman menjalankan proses nyah kuman di cawangan secara berkala, selain mengambil suhu pelanggan dan memastikan penjarakan sosial antara pelanggan dan kakitangan yang bertugas.

Katanya, pihaknya turut menawarkan bayaran ansuran 36 bulan dengan kadar faedah kosong peratus.

Mereka berhasrat membuat pembelian dalam talian boleh melayari www.harveynorman.com.my dan nikmati penghantaran percuma bagi pembelian minimum RM100.

Cawangan Harvey Norman beroperasi ketika ini di IPC Mutiara Damansara, Mid Valley, IOI City Mall, Citta Mall, Aeon Bukit Tinggi, Ampang Point Shopping Centre dan Pavilion.

Selain itu, ia turut beroperasi di Setia City Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Queensbay Mall, Toppen, Mid Valley Southkey dan Aeon Kota Bharu.