HARVEY Norman Malaysia menghargai sokongan dan perubahan yang ditunjukkan pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berjaya menyesuaikan diri dengan normal baharu.

Ia termasuk mengamalkan penjarakan sosial, membuat perancangan teliti sebelum pembelian bagi mengurangkan tempoh mencari dan mengubah cara pembayaran dibuat.

Pengarah Urusan, Harvey Norman Asia, Kenneth Aruldoss berkata, pihaknya berbesar hati dengan sokongan ditunjukkan pelanggan khususnya dalam waktu yang sukar ketika ini.

“Kami sentiasa berbangga untuk menjadi tempat pelanggan membeli-belah dengan yakin.

“Dalam keadaan semasa, ia adalah penting untuk terus menerapkan keyakinan pelanggan ketika mendapatkan keperluan mereka di Harvey Norman,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, pihaknya turut mengucapkan penghargaan kepada semua kakitangan Harvey Norman yang berusaha sebaik mungkin dalam memastikan semua cawangan selamat untuk dikunjungi.

“Mereka melakukan tugas penting dalam menyediakan persekitaran selamat bukan saja untuk pelanggan, malah untuk rakan sekerja dan pembekal kami,” katanya.

Kenneth berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada pembekal yang memberi kerjasama dalam memastikan stok di semua cawangan mencukupi.

“Usaha yang mereka lakukan ini adalah untuk memberi peluang pelanggan mendapatkan keperluan mereka dan dalam masa terus duduk di rumah bersama keluarga.

“Kami percaya dapat menyesuaikan diri dengan cara baru perniagaan ini bersama-sama,” katanya.

Cawangan Harvey Norman yang sudah memulakan operasi adalah di IPC Mutiara Damansara, Mid Valley, IOI City Mall, Citta Mall, Aeon Bukit Tinggi, Ampang Point Shopping Centre dan Pavilion.

Selain itu, ia turut beroperasi di Setia City Mall, Sunway Pyramid, Sunway Velocity, Queensbay Mall, Toppen, Mid Valley Southkey dan Aeon Kota Bharu.

Mereka yang berhasrat membuat pembelian dalam talian boleh melayari www.harveynorman.com.my.