FOODPANDA mengumumkan waktu operasi baharu mulai hari ini sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan kerajaan Malaysia.

Untuk perkhidmatan foodpanda dan pandamart, ia akan beroperasi seawal 8 pagi sehingga 12 tengah malam, di negeri tertentu berdasarkan masa yang sudah ditetapkan.

foodpanda dalam kenyataan berkata, waktu operasi itu berbeza mengikut peraturan yang dibenarkan dan pesanan terakhir yang akan diterima.

Katanya, bagi Sarawak dan Kedah, waktu mula dibuka pesanan adalah pada 8 pagi hingga 7 malam dan ditutup pada 8 malam.

Bagi Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Perlis masing-masing mula beroperasi 8 pagi hingga 8 malam (untuk pesanan) dan ditutup pada 12 tengah malam.

Manakala Johor, dibuka 8 pagi hingga 11 malam dan ditutup pada 12 tengah malam, Kelantan (8 pagi hingga 8 malam, tutup 12 tengah malam), Sabah (8 pagi hingga 6 petang dan tutup 7 malam) dan Terengganu (8 pagi hingga 7 malam dan tutup 12 tengah malam).

Bagi kawasan Lembah Klang pesanan dibuka bermula 8 pagi hingga 9 malam dan ditutup pada 10 malam.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan