BOOST, pembekal perkhidmatan e-dompet tempatan akan menonjolkan satu organisasi amal setiap hari di bawah kempen #BolehRayaDenganBoost selama 30 hari.

Pengarah Produk dan Pemasaran, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran awam mengenai bagaimana mudahnya membantu mereka yang memerlukan dengan hanya beberapa sentuhan pada skrin.

Ia juga membuktikan usaha berkenaan selamat dan menyenangkan untuk membantu serta mencerahkan kehidupan golongan yang kurang bernasib baik.

“Sebahagian besar daripada kita memulakan Ramadan dalam keselesaan rumah masing-masing, sedangkan wira-wira kesihatan kita terpaksa berjuang sebagai petugas barisan hadapan dan bekerja dengan gigih bagi melindungi kita.

“Sebagai sokongan terhadap mereka, pengguna Boost boleh terus menderma kepada Tabung Covid-19 Boost,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, dana ini telah menerima derma lebih daripada RM450,000, yang akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan serta Agensi Pengurusan Bencana Negara dan pertubuhan bukan kerajaan yang berkaitan yang membantu keluarga yang terjejas dengan Covid-19.

Sementara itu, menurutnya, dengan pengumuman perintah kawalan pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 12 Mei 2020, Boost kekal komited untuk membantu rakyat Malaysia menyambut lebaran sambil memelihara kesihatan serta membawa kemeriahan sehingga ke rumah masing-masing.

“Keriangan raya di rumah bertambah dengan ganjaran dan cash back untuk berbelanja lebih banyak lagi.

“Pengguna Boost boleh mendapatkan segala keperluan, dari baju raya ke bahan masakan untuk resipi juadah yang lazat, serta penghantaran makanan dan pengiriman Duit Raya kepada keluarga dan kenalan rapat,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan