TOUCH ‘n Go eWallet mengajak pengguna meraikan Hari Raya secara tanpa tunai dan tanpa sentuh, selari dengan kebiasaan baharu dengan membawakan Raya Sempoi 2.0.2.0. yang menawarkan ganjaran #lebihbanyakekstra.

Ketua Pegawai Eksekutif, TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong berkata, kempen ini menawarkan ganjaran kepada pengguna melalui lebih banyak nilai dan faedah.

“Dengan pilihan barang runcit, peralatan elektronik, makanan, produk kesihatan atau tambah nilai telefon mudah alih, Raya Sempoi 2.0.2.0 merangkumi semua keperluan utama musim perayaan.

“Malah selaku penyokong kerja-kerja amal, Touch ‘n Go eWallet turut mengaktifkan proses pembayaran tanpa tunai yang mudah dan lancar untuk umat Islam di Selangor membayar zakat fitrah bersama Zakat Selangor,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, pengguna Touch ‘n Go eWallet akan menikmati banyak promosi raya dan Pulangan Tunai e-Baucar di samping mengetahui bahawa terdapat cara ekstra selamat dan mudah untuk memindahkan dan menerima duit raya walaupun hanya berada di rumah.

“Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang melambangkan keteguhan, pembaharuan dan semangat kebersamaan. Tahun ini, rakan-rakan Muslim terus menunjukkan kekuatan luar biasa di sebalik ujian dalam masa yang mencabar ini.

“Oleh itu, kami mahu rakyat Malaysia menikmati pemberian #lebihbanyakekstra Touch ‘n Go eWallet yang ditawarkan dengan selamat sambil mendapat lebih banyak penjimatan untuk keperluan raya mereka,” katanya.

Katanya, bagi meneruskan tradisi pemberian duit raya, pihaknya turut menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga RM300 bagi setiap pindahan duit raya.