AIA Malaysia memperkenalkan dua pelan kesihatan dan perubatan komprehensif bagi meningkatkan perlindungan kesihatan di Malaysia.

Dua pelan inovatif itu ialah A-Life Beyond Critical Care iaitu pelan pertama di pasaran yang melindungi 180 penyakit dengan menawarkan perlindungan penyakit kritikal.

A-Plus Total Health pula adalah pelan kesihatan takaful bertindak sebagai penyelesaian kesihatan sehenti buat seisi keluarga yang membolehkan pelanggan melindungi sehingga enam orang ahli keluarga di bawah satu pelan yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif AIA Berhad, Ben Ng berkata, aspek kesihatan adalah sangat penting untuk diutamakan berikutan Covid-19 dan peningkatan masalah kesihatan dan penyakit kritikal.

Katanya, A-Life Beyond Critical Care dan A-Plus Total Health adalah kesinambungan usaha AIA bagi memastikan rakyat Malaysia mempunyai akses kepada penyelesaian berhubung kesihatan mereka.

“Penambahan produk terbaharu kepada portfolio Penyelesaian Kesihatan Menyeluruh (Total Health Solution) ini dibangunkan berdasarkan pemahaman mendalam mengenai keperluan dan kehendak perlindungan kesihatan dan perubatan pelanggan.

“Kami gembira dapat menawarkan penyelesaian yang mampu memenuhi permintaan itu dan pada masa sama kekal komited terhadap tujuan sebenar AIA iaitu untuk membolehkan pelanggan kami Hidup Lebih Sihat, Berpanjangan dan Bermakna,” katanya pada majlis pelancaran di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif AIA Public Takaful Berhad, Elmie Aman Najas dan Ketua Pegawai Pemasaran AIA Berhad, Heng Zee Wang.